BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

10 Disember 2010

JENGOK DAN MENGINTAI...3 KALI CURANG....

huhu...dah lama tak update blog kesayangan ni.....

dalam duk pikir exam...pikiran masih melayang ke blog ni juga...so,dengan ati yang ingin tau ni....terus la online dan tengok blog....jengok dan menginti blog......

wah....dah mencecah 4000 viewer...maknanya ada pelawat blog yang setia singgah sini walau saya x update....kesian kat korang yek....tak apa....saya bagi adiah kat korang yer...

amik la teddy bear kat atas ni...hehehe....bleh pluk masa tido kan,,,,,

insyallah...exam abis 15.12.10 nanti...pastu saya akan selalu update blog ni yer.....banyak juga lagu2 yang tertunggak untuk masuk dalam blog ni...tunggu yer...


bagi menghargai kesetiaan anda selalu singgah blog saya...saya nak bagi satu cerita (yg ada unsur 18sx jugak la)hehe...tpi tak per...sekadar suka2 jer...

Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayang Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut Kerusi Bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri terus pengsan kat situ jugak...

2 ulasan:

ashkarpenchen berkata...

hahaha lawak la :))

BADRUL berkata...

ye ker..ashkarpenchen.....nanti sya slalu update yer blog....kamu kena slalu la singgah yer blog ni...