BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

04 Oktober 2010

NiQuitin hentikan tabiat merokok

KUALA LUMPUR - Adakah anda ingin berhenti merokok tetapi tidak berjaya?
Kini anda boleh mencuba Terapi Gantian Nikotin atau dikenali sebagai NiQuitin yang didakwa mampu menghentikan tabiat itu.
Produk yang terbukti secara klinikal itu didatangkan dalam dua variasi iaitu pelekat dan lozenges yang mampu membebaskan seseorang perokok tegar mahupun biasa daripada tabiat merokok dalam masa hanya 12 minggu.
Lebih memudahkan, produk itu boleh dibeli di mana-mana farmasi di negara ini tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor kerana ia dijamin selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Asia Selatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), Akhil Chandra berkata, nisbah perokok adalah dua orang lelaki bersamaan dengan seorang perokok di negara ini dan ia satu statistik membimbangkan.
"Kajian yang dibuat oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006 mencatatkan bahawa 21.5 peratus atau lebih kurang empat juta orang di negara ini ketagih merokok yang mencatatkan kematian sebanyak 10,000 setahun.
"GSK yakin bahawa penyelesaian yang kami tawarkan dengan NiQuitin akan membantu perokok mengurangkan pergantungan mereka pada nikotin dan meningkatkan peluang mereka yang tidak merokok," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.(sumber dari kosmo online)                                                                                        

^_^ saya tak merokok yer ,buat abis duit jer,penyakit pun dapat ^_^
 

0 ulasan: