BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

30 Oktober 2010

BAHAYA KEPAK AYAM....

Chicken Wings - Its Dangerous

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food

Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

Kesimpulannya dalam Bahasa Melayu....kepak ayam merupakan  tempat dimana steroid disuntik bagi mempercepatkan tumbesaran ayam...kesan selalu makan kepak ayam lebih kurang sama la macam kita amik suntikan tu...

jadi lepas ni berwaspada la ketika makan kepak ayam...jangan makan berlebihan sangat tau......

29 Oktober 2010

Amaran kepada wanita !!!

peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Ha
wa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.





Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.
 

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.


Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam.


^_^ siapa yang berani kacau beliau???heheheheh ^_^

25 Oktober 2010

CINTA KIRANA

Sebuah sinetron dari Indonesia yang disiarkan di Malaysia melalui Astro Ria(yang tak ada Astro gigit jari je lah..huhu)....pada jam 6.30 pm-7.30 pm.

kalau missed boleh tengok ulangan malam dalam jam 11pm macam tu...
apa yang bestnyer cerita ni???
mestilah best...sebab banyak cerita yang boleh dijadikan pengajaran....selain itu,banyak juga adegan yang lawak (tejo)...


Berikut merupakan pelakon dan wataknya..

Nia Ramadhani-sebagai kirana...seorang gadis kampung yang lasak pada awalnya...tetapi berubah feminin apabila meningkat usia dan selepas bercinta dengan Galang...dibesarkan oleh neneknya.
Randy Pangalila sebagai Galang...dibesarkan oleh nenek dan datuk..mewah dan jatuh miskin setelah kematian datuknya dan juga kemalangan yang menimpa dirinya..
Kiki Farel sebagai Baim...teman baik Kirana dari kecil...menyimpan perasaan cinta kepada kirana dalam diam...
Tsania Marwa sebagai Riana...tunang Galang sebelum kehadiran Kirana...materialistik...
Arthur Tobing sebagai Rama...datuk galang...ingin menjodohkan kirana dan galang...kerana pernah mempunyai hubungan dengan nenek kirana pada zaman muda.
Yati Surachman sebagai Sita...nenek kirana...hidup susah
Erly Ashy sebagai Aida...isteri Rama dan nenek Galang...tidak suka kirana dan sita pada awalnya...berubah setelah kematian rama dan kemalangan galang.
Emma waroka sebagai Sandra...ibu Riana...pandai mengatur strategi demi anaknya...watak antagonis..
Revand T Narya sebagai Raka...meminati dan mencintai kirana semasa kehilangan galang...baik hati...tidak mementingkan keluarga(emaknya) yang mengatur hidupnya selepas bercerai.
Mama Dahlia sebagai Surti...emak Baim dan isteri Tejo...banyak adegan lawak yang dilakonkannya...
Unang sebagai Tejo....suami surti dan ayah tiri baim...pelawak dalam cerita ini...

cukuplah sampai sini jer penerangannya...bagi tahu lebih-lebih nanti tak syok la kan....kena tengok sendiri baru best...

^_^ yang x ada Astro tu jangan la dok paksa parent or suami suruh beli Astro pulak yer ^_^

^_^ lagu tema Dia miliku-yovie dan nuno tu best sangat2 ^_^

24 Oktober 2010

why you love Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza

why i love PIZZA HUT EXTREME CHEESY 6 PIZZA???  i can explain about that...





because it loaded with 6 premium cheeses........
1) It has Cheddar...that classic delicate taste....
2) It has Mozarella...that creamy and soft...
3) It has Parmesan...that flavourful and savoury...
4) It has Provolone...that full-bodied,slighty tart...
5) It has Monterey Jack...that zesty and nutty...
6) It has Romano...that a hearty taste...
Hello...where my part of the pizza???
oh no!!!!!!!  huhuhuhu
I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!

23 Oktober 2010

Sofaz - Dan Bila Esok


Lirik Dan Bila Esok - Sofaz

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

MP3 DOWNLOAD:





KLIK SINI...

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku







  


Tolong Ingatkan Aku (LIRIK)

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita
MP3 DOWNLOAD:
KLIK SINI...    

21 Oktober 2010

Siapakah Ethel Mae Blizzard ???


Ethel Mae Blizzard, sekarang tinggal di San Diego, California, AS, melakukan pencarian selama 29 tahun untuk memastikan agama apa yang sesuai untuknya. Sejak kecil hingga usia 16 tahun, Mae dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang menganut agama Mormon. Tapi pada usia 18 tahun, ia tidak lagi mempercayai ajaran agamanya itu dan mulai berfikir bahawa ada Tuhan di luar sana, di suatu tempat. Permulaan perjalanan panjang Mae untuk mencari agama yang ia yakini paling benar. Mae pun mempelajari berbagai agama mulai dari yudaisme, agama Baptis, sekte Advent Hari Ketujuh, Kesaksisan Yehovah, Katolik dan berbagai sekte dalam agama Kristen. Tapi tidak satu pun yang menyentuh hatinya. Mae menyerah dan berharap akan menemukan apa yang ia cari suatu hari nanti. Suatu hari, Mae mencuba mencari pasangan hidup melalui internet dan ia bertemu dengan seorang perempuan di sebuah laman web jodoh. Perempuan itu mengenalkan Mae dengan sahabatnya, seorang jejaka. Tiga bulan Mae menjalin hubungan melalui dunia maya dengan lelaki yang dikenalkan perempuan tadi, keduanya lalu memutuskan untuk menikah. Masalahnya, jejaka tadi seorang Muslim dan Mae seorang Kristian.

Mae sempat bingung dan si jejaka menanyakannya apakah ia mahu menikah di masjid. Seumur hidup Mae tidak pernah datang ke masjid. Mae lalu bertanya pada temannya yang asal Turki dan diberitahu tentang Masjid Abu Bakar. Mae pun datang ke masjid itu untuk bertemu dengan imamnya, walaupun saat itu Mae sendiri tidak faham apa itu imam masjid.

Ketika Mae datang ke masjid, bertepatan dengan waktu salat dan ia bertemu dengan Imam Taha. Mae sempat berbicara dengan Imam Taha tentang Islam. Imam Taha menyuruh Mae datang lagi ke masjid jika masih ingin tahu banyak tentang Islam. Di luar itu, Mae juga mengunjungi sahabatnya yang asal Turki dan menanyakan beberapa hal tentang Islam dan Muslim. Waktu itu, Mae masih berfikir bahawa Muslim adalah agama. Tapi sahabatnya meluruskan, bahawa Muslim bukan agama, tapi Islam-lah yang agama sedangkan pemeluk Islam disebut Muslim.

Ketika Mae bertanya tentang Allah, sahabatnya menjawab bahawa "Allah adalah Tuhan" yang membuat Mae terkejut. Mae mengaku baru tahu bahawa orang Islam juga percaya tuhan.

"Sahabat saya itu juga menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang damai, begitu pula umat Islam, tidak seperti yang diberitakan media, ujar Mae.

Mae kemudian dicadangkan untuk bertemu dengan Syaikh Saad jika ingin banyak menanyakan tentang agama Islam dan pernikahan dalam Islam. Baru beberapa minggu kemudian, Mae tak dapat bertemu Syaikh Saad kerana Mae sempat mengalami kemalangan kereta dan tidak ada yang dapat menghantarnya untuk menemui Syaikh Saad.

Akhirnya, sahabat Mae bernama Juli menghantarnya ke Masjid Al-Ribat tempat Syaik Saad berada. Mae berbincang tentang berbagai hal tentang Islam dengan Syaikh Saad selama lebih kurang tiga jam, termasuk situasi Muslim sebelum serangan 11 September 2001. Di akhir pertemuan, Syaikh Saad memberi Mae sebuah Al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris serta buku-buku tentang Islam.

Ketika pulang, Mae sempat berfikir bahawa Syaikh Saad tidak sopan kerana tidak mau bersalaman dengannya. Namun Syaikh menjelaskan mengapa Muslim antara laki-laki dan perempuan tidak bersalaman dan Mae menerima penjelasan Syaikh yang menurutnya masuk akal.

Menjadi Muslim Amerika

Berminggu-minggu Mae membaca buku-buku dan terjemahan Al-Quran yang diberikan Syaikh Saad. Mae sempat menangis saat membaca buku The Religion of Truth. Setelah membaca buku itu, Mae menulis di halaman 20 buku itu "Saya percaya". Ketika itu bertarikh 8 Jun 2007, Mae membulatkan tekad untuk menjadi seorang Muslim.

Tarikh 23 Jun malam, ia datang ke masjid dan menanyakan dimana ia dapat mengucapkan dua kalimat syahadat. Malam itu juga, Mae bersyahadat disaksikan sejumlah muslimah yang hadir di masjid itu.

Mae beruntung kerana seluruh keluarganya menerimanya menjadi seorang Muslim, kecuali sepupu-sepupunya yang begitu kuat menganut agama Mormon. Mereka sama sekali tidak senang mendengar khabar Mae masuk Islam dan menuding Mae menolak Yesus sebagai juru selamatnya.

Mae dan sepupu-sepupunya itu sempat tidak berkomunikasi beberapa waktu, sampai suatu hari salah seorang sepupu perempuannya mengucapkan selamat hari paskah padanya melalui email. Mae membalas email itu dengan mengirim tiga fotonya yang sudah memakai jilbab dan menyertakan informasi tentang Islam. Mae meminta sepupunya itu untuk mengerti bahawa ia sekarang sudah menjadi seorang Muslim.

Selain sepupunya, sahabat Mae bernama Christine juga menjauhi Mae setelah tahu Mae memeluk Islam. Mae pernah mengundang Christine untuk makan malam merayakan ulang tahun Mae. Tapi sahabatnya itu bertanya; "Apakah engkau masih menjalankan apa yang dilakukan Muslim? Mae menjawab "Ya". Christine lalu berjanji akan menghubungi Mae apakah ia akan makan malam bersama Mae. Tapi Christine tidak pernah menghubungi Mae kembali.

Pernah suatu kali, salah seorang jiran Mae mengotori kereta Mae dengan lipstick berwarna merah ketika mereka melihat Mae mengenakan abaya dan jilbab. Walaupun demikian, Mae menegaskan bahawa ia akan teguh memeluk Islam, agama yang kini ia yakini setelah melakukan pencarian panjang selama 29 tahun.

18 Oktober 2010

LELAKI DIROGOL TIGA WANITA ???

 
Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir
 
HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP

^_^ asyik laki jer rogol,ni perempuan pulak... ^_^

17 Oktober 2010

Huruf Pendaftaran Kenderaan (no plat) Mengikut Negeri di MALAYSIA

 
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan

E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan

F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang

Q = Sarawak

QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah, dulu E

SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau

T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-

Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor

^_^ masa tu tunggu JMF tapi x dapat...terus dapat JMG ^_^

13 Oktober 2010

LELAKI DAN KUCING JANTAN.....


 
 
 Apakah persamaannya....jom kita lihat....
 
 
1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar
anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang
bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp
bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasi 
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk,lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna
la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang
conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)

^_^ betul atau tidak....tertakluk kepada individu itu sendiri ^_^

11 Oktober 2010

Mozilla Seabird Phone ???



kalau phone ni dah keluar nanti....berbungkuslah syarikat APPLE yang jual I-PHONE sekarang ni kan...

ciri2 phone ni memang menakjubkan....
yang pasti harganya pun nanti mesti ribu-riban juga kan......

^_^ saya guna NOKIA 1650 jer...cukuplah sekadar boleh sms dan telefon hehe ^_^

08 Oktober 2010

NATIONAL ANTHEM - MALAYSIA - NEGARAKU - MY COUNTRY


Hari ini....lagu kebangsaan Malaysia pulak....

MALAY....

Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku,
Rakyat Hidup, Bersatu dan Maju,
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan,
Raja Kita, Selamat Bertakhta.
Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan,
Raja Kita, Selamat Bertakhta

ENGLISH...

My country, the land where my blood is shed,
The people live united and progressive,
Blessings of happiness, may God blessed,
(And that) our King may reign in peace.
Blessings of happiness, may God blessed,
(And that) our King may reign in peace.

Words by: Tunku Abdul Rahman
Music by: Pierre Jean de Beranger
In use since: 1957 

07 Oktober 2010

National Anthem - Brunei Darussalam


ALLAH PELIHARAKAN SULTAN......

Ya Allah lanjutkanlah Usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil berdaulat menaungi nusa
Memimpin rakyat kekal bahagia
Hidup sentosa Negara dan Sultan
Ilahi selamatkan Brunei Darussalam


Lagu ini ditulis oleh Pengiran Haji Mohamed Yusuf bin Abdul Rahim dan digubah oleh Awang Haji Besar bin Sagap pada tahun 1947. Ia diberi status rasmi pada tahun 1951.


06 Oktober 2010

National Anthem of Singapore-


                     MAJULAH SINGAPURA....

Composed by Zubir Said in 1958

Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura

05 Oktober 2010

NATIONAL ANTHEM-INDONESIA

Dari hari ke hari...semakin banyak visitor yang melawat blog LAGU DAN DIRIKU ni...
kebanyakannya dari negara jiran Malaysia juga....
so,apa kata kita sama-sama berkongsi lagu kebangsaan atau national anthem setiap negara jiran Malaysia...

Hari ini kita mulakan dengan lagu kebangsaan Indonesia dahulu....



Ciptaan : W.R. Supratman / Wage Rudolf Supratman
Indonesia tanah airku
Tanah tumpah darahku
Disanalah aku berdiri
Jadi pandu ibuku
Indonesia kebangsaanku
Bangsa dan Tanah Airku
Marilah kita berseru
Indonesia bersatu
Hiduplah tanahku
Hiduplah negriku
Bangsaku Rakyatku semuanya
Bangunlah jiwanya
Bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Tanahku negriku yang kucinta
Indonesia Raya
Merdeka Merdeka
Hiduplah Indonesia Raya
Indonesia Tanah yang mulia
Tanah kita yang kaya
Di sanalah aku berada Untuk slama-lamanya
Indonesia Tanah pusaka Pusaka Kita semuanya
Marilah kita mendoa Indonesia bahagia
Suburlah Tanahnya Suburlah jiwanya
Bangsanya Rakyatnya semuanya
Sadarlah hatinya Sadarlah budinya
Untuk Indonesia Raya
Indonesia Tanah yang suci Tanah kita yang sakti
Disanalah aku berdiri 'njaga ibu sejati
Indonesia! Tanah berseri Tanah yang aku sayangi
Marilah kita berjanji Indonesia abadi
Slamatlah Rakyatnya Slamatlah putranya
Pulaunya lautnya semuanya
Majulah Negrinya Majulah Pandunya
Untuk Indonesia Raya

04 Oktober 2010

NiQuitin hentikan tabiat merokok

KUALA LUMPUR - Adakah anda ingin berhenti merokok tetapi tidak berjaya?
Kini anda boleh mencuba Terapi Gantian Nikotin atau dikenali sebagai NiQuitin yang didakwa mampu menghentikan tabiat itu.
Produk yang terbukti secara klinikal itu didatangkan dalam dua variasi iaitu pelekat dan lozenges yang mampu membebaskan seseorang perokok tegar mahupun biasa daripada tabiat merokok dalam masa hanya 12 minggu.
Lebih memudahkan, produk itu boleh dibeli di mana-mana farmasi di negara ini tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor kerana ia dijamin selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Asia Selatan, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK), Akhil Chandra berkata, nisbah perokok adalah dua orang lelaki bersamaan dengan seorang perokok di negara ini dan ia satu statistik membimbangkan.
"Kajian yang dibuat oleh National Morbidity Survey pada tahun 2006 mencatatkan bahawa 21.5 peratus atau lebih kurang empat juta orang di negara ini ketagih merokok yang mencatatkan kematian sebanyak 10,000 setahun.
"GSK yakin bahawa penyelesaian yang kami tawarkan dengan NiQuitin akan membantu perokok mengurangkan pergantungan mereka pada nikotin dan meningkatkan peluang mereka yang tidak merokok," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.(sumber dari kosmo online)                                                                                        

^_^ saya tak merokok yer ,buat abis duit jer,penyakit pun dapat ^_^
 

03 Oktober 2010

SUDAH BERSEDIAKAH KITA???




GAMBARAN MISTERI PLANET NIBIRU : KALAU HARI INI  HADIR.. BAGAIMANA ANDA MENGHADAPINYA...

02 Oktober 2010

MAMPU TAK ANDA SEMUA???

 



Macam mimpi jer tngok video ni kan....

 ^_^ Grand sangat kan...walau terdapat berbagai unsur dalam perkahwinan ini...semoga pengantin berbahagia ke anak cucu.....amin.... ^_^

---laju-laju,buaiku laju,aku nak kahwin dengan anak raja----(lagu dlm filem melayu klasik bawang merah,bawah putih)
    


01 Oktober 2010

Saintis USA Buktikan Nabi Musa Belah Laut




BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam. 
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik. 
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka. 
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil. 
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air. 
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu. 
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. 
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. 
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi