BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

25 September 2010

ZAPIN---KEBANGGAAN JOHOR DARUL TAKZIM....



Pada setiap kali kita menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan pernah terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan budaya paling terkenal di negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan dan diperkembangkan kini terus dikenali di seluruh tanahair, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa.


Negeri Johor adalah negeri yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Namun kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang datangnya dari Hadramaut.

Tarian Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor. Tarian Zapin disertai oleh setiap golongan termasuk generasi muda dan kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini menjadikan Zapin lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.

Apa yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa keharmonian di antara penari, pemuzik dan penonton. Kebudayaan ini adalah simbolik dengan dasar pembangunan menyeluruh negeri Johor yang menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan fizikal dan mental.

0 ulasan: