BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

30 September 2010

BAHAYA COKE

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

nak tahu kebenarannya....anda semua boleh la mencuba yer....
 ^_^ putih badan saudara ni...sebab selalu minum peluntur tu  ^_^

29 September 2010

AKADEMI FANTASIA


 KONSERT REUNION AF YANG TERBESAR???

 BINTANG AF8 AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN BERSAMA BINTANG AF YANG LAIN SEPERTI STACY,MAWI,AIZAT DAN RAMAI LAGI...

DENGAR CERITA...TENAGA PENGAJAR PUN AKAN BUAT PERSEMBAHAN BERSAMA PARA BINTANG AF....

SAKSIKAN MEREKA DIATAS PENTAS SEKALI LAGI!! 

ASTROLIFE MEMBERIKAN GANJARAN HEBAT!!
2 PASS MASUK PERCUMA UNTUK KE..

AKADEMI FANTASIA 8 KONSERT REUNION
STADIUM PUTRA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

10 October 2010, 8.30mlm

Ganjaran hebat untuk pelanggan pelanggan Astro. 
Pastikan Akaun Astro anda aktif..
Astrolife memberikan 2 pas masuk percuma ke konsert AF8 Reunion 

Tempat adalah terhad!! 
Daftar disini atau hubungi 013369659 sebelum 5 October 2010

Maklumat lanjut sila 
layari ...


^_^ kalau diorang buat time cuti sekolah boleh la pergi ^_^
^_^ saper nak ajak saya pergi konsert ni??? ^_^


28 September 2010

Justin Bieber - Baby ft. Ludacris


wah...setakat entri ni ditulis...dah ada  338,441,755 views.... laku juga lagu nyanyian budak justin ni kan....

jom kita layan lirik dia sama....jom nyanyi.....

Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said theres another, Look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

For you, I would have done whatever
And I just can't believe, we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring
And im in pieces, Baby fix me
And just shake me til' you wake me from this bad dream

Im going down, down, down, dooown
And I just cant believe my first love would be around.

And I'm like
Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine


Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohhh
I thought youd always be mine, mine

Luda
When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin' crazy,
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks.
She made my heart pound,
And skip a beat when I see her in the street and,
At school on the playground,
But I really wanna see her on the weekend,
She know she got me gazin',
Cuz she was so amazin',
And now my heart is breakin',
But I just keep on sayin'...

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

(I'm gone)
Yeah, yeah, yeah (6x)
(Now Im all gone, now im all gone, now im all gone)
Gone, gone, gone,(gone)
I'm gone.


^_^ dah puas dah nyanyi....harap anda semua enjoy yer..... ^_^




27 September 2010

BAWANG PUTIH

Hah!!! ni bukan berkaitan criter sinetron bawang putih,bawang merah tu(suka tengok revalina s temat tu,cute kan)hehe...ehem2..sudah-sudah la.tepesong dari topik pulak....ni criter berkenaan khasiat bawang putih atau orang putih sebut sebagai garlic....speaking pulak yer ...

 khasiat/kegunaan:

1) membantu pencernaan serta membantu menambah nafsu makan
2) membantu menyekat pembesaran/pertumbuhan sel barah - seperti barah kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada, serviks
3) berkesan mengawal paras/tahap gula dalam darah
4) memnbantu merendahkan tahap lipoprotein jahat LD2, VD2 dalam darah serta meningkat tahap lipoprotein yang baik HD2 dalam darah, menyekat pengumpulan darah.
5) membantu melancarkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.


Kepercayaan :

1) masyarakat mesir purba percaya bahawa bawang putih boleh membantu meraweat kecacingan, jantung, dan sakit kepala
2) masyarakat Melayu percaya bawang putih yang dicampur dengan minyakkelapa boleh digunakan sebagai minyak urut yang baik.
3) getah bawang putih boleh mengatasi masalah kulit/tumit pecah.
4) orang China percaya bahawa bawang putih boleh membantu buang angin dalam badan, menambah sedap makanan, mengurangksan panas badan.


sedapnya garlic bread.

so,lepas ni ramai la yang akan membeli Garlic Bread bila ke kedai roti kan....^_^

26 September 2010

AKAL LELAKI ???


Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

 Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kocar-kacir.

Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.

25 September 2010

lembu langgar orang....vice versa pulak..

UBAN ???


Rambut yang hitam, berkilat serta lembut tentu sekali menjadikan kepala anda lebih selesa. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan warna dan tekstur rambut sebegitu? Sedangkan setiap hari anda terdedah kepada terik matahari, habuk dan pelbagai faktor lain. Tu yang payah sikit.

Kalau itulah masalah anda, apa kata cuba satu petua menghitamkan rambut di bawah. Cuma, jika anda penggemar teh lagi la mudah. Sebab lepas anda minum teh, usahlah dibuang dulu serbuknya. Ataupun kalau masih ada baki air teh "o" semalam, pun boleh gak. Banyak kegunaan serbuk teh nie tau. :)
Langkah yang perlu anda lakukan adalah;

1. Tuangkan sedikit air pada serbuk@uncang teh tersebut. Biarkan ia kembang seketika.

Kalau anda masih ada menyimpan baki air teh "o" semalam, abaikan langkah ni.

2. Kemudian sapukan air teh "o" tu kat keseluruhan rambut anda pada setiap pagi. Atau dalam bahasa mudahnya, basahkan rambut anda dengan air teh "o", ok.

3. Biarkan seketika sebelum anda mencucinya sampai bersih.

4. Kalau nak senang, buat petua ni sebelum anda mandi pagi.
Kalau boleh, amalkan langkah di atas setiap hari sampai anda mendapat hasilnya. Setelah berhasil, barulah anda menjarakkan masa membuatnya seperti selang beberapa hari sekali. Ataupun seminggu sekali. Ikutlah kemampuan dan tahap kerajinan anda.

Selain boleh menghitamkan rambut, ia juga boleh melambatkan tumbuh uban.

petua jer ni...berkesan or tak atas diri masing2....^_^

.....BAHAYA SHISHA.....



SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.

Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.


Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.

Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.

Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.

Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

^_^UTAMAKAN KESIHATAN^_^

10 SIMPTOM MASALAH PENCERNAAN MANUSIA-PERUT


PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu

1.Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
2.Kembung
3.Cepat penat
4.Mudah berparut
5.Keradangan kulit
6.Berat badan bertambah dengan cepat
7.Sering sendawa
8.Pedih ulu hati
9.Makanan tidak hadam
10.Keradangan lain

Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah:

@Jangan makan terlalu banyak. Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut.

@Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

@Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

@Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

@Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

@Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

@Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

@Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

@Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan. ^_^JANGAN TIRU AKSI INI DI RUMAH...HEHE ^_^

ZAPIN---KEBANGGAAN JOHOR DARUL TAKZIM....



Pada setiap kali kita menyebut tentang kebudayaan tarian negeri Johor, ingatan tidak akan pernah terlepas untuk membayangkan Zapin Johor sebagai suatu warisan budaya paling terkenal di negeri ini. Zapin yang semakin dimartabatkan dan diperkembangkan kini terus dikenali di seluruh tanahair, bahkan hingga ke peringkat antarabangsa.


Negeri Johor adalah negeri yang masih mempertahankan genre zapin tradisional yang dinamik dan anggun. Zapin dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Namun kedua-duanya adalah berasal daripada kesenian Arab yang datangnya dari Hadramaut.

Tarian Zapin kini menjadi mekanisme yang memeriahkan suasana pelancongan, temasya, pertandingan dan majlis-majlis rasmi di sekitar negeri Johor. Tarian Zapin disertai oleh setiap golongan termasuk generasi muda dan kanak-kanak sebagai generasi pewaris budaya. Ini menjadikan Zapin lebih terserlah sebagai identiti kebudayaan terkenal di Johor.

Apa yang menarik adalah, Zapin Johor terbukti berupaya mewujudkan rasa keharmonian di antara penari, pemuzik dan penonton. Kebudayaan ini adalah simbolik dengan dasar pembangunan menyeluruh negeri Johor yang menitik beratkan pelbagai aspek pembangunan fizikal dan mental.

24 September 2010

Kantoi !!! Menangis!!! Bersumpah!!!Budak DiTangkap Mandi Dalam Tangki

23 September 2010

TELUR AYAM KAMPUNG...

Perbincangan tentang tentang telur tentu bukan hal yang asing lagi bagi kita, mulai dari kanak-kanak sampai orang tua suka memakannya... di samping nikmatnya ternyata didalam telur memiliki kandungan protein yang bagus bagi tubuh kita,

namun dari sekian banyak jenis telur ternyata telur ayam kampung per 100 gramnya memiliki kandungan 174 kalori, 10,8 gram protein, 4,9 mg zat besi dan 61,5 g retinol atau vitamin A.

Kerana alasan tersebut juga telur ayam kampung lebih diminati dibandingkan dengan telur ayam yang dipelihara.

Telur ayam kampung yang asli mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan telur ayam yang lain.
Selain sumber kalori dan protein haiwan yang cukup baik (mudah diserap usus dalam jumlah yang banyak) dapat dipakai sebagai campuran minuman jamu yang diyakini dapat memberikan kesegaran pada tubuh.

Khasiat Telur Ayam Kampung Untuk Kesihatan Antaranya :-

1) Dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.

2) Selain mengandungi sumber tenaga, juga mengandungi sumber protein yang cukup tinggi. Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian. Manakala proteinnya pula diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.

3) Mempunyai kandungan kolesterol (pada kuning telur) cukup tinggi. Bagi yang mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi) harus hati–hati mengatur pemakanannya.

4) Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karana badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan.

Itulah alasannya mengapa telur ayam kampung lebih diminati khususnya oleh para lelaki.

Untuk meningkatkan khasiatnya campur telur ayam kampung dengan madu asli, tenaga anda pasti akan pulih kembali.

Untuk lelaki yang nak lebih MUJARAB : digalakkan makan 2 biji separuh masak + 2 sudu madu asli + 2 sudu teh serbuk lada hitam...


^_^.........TELUR YANG ORIGINAL LEBIH BAIK DARI KLON.............^_^

22 September 2010

PENYAKIT BARU YANG MENGANCAM MALAYSIA-

Sejenis Jangkitan Penyakit Yang Terbaru -kencing tikus
cara nak sebut: lep-to-spy-ro-sis.
(jangan tergigit lidah sendiri sudah)hehe

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).



Faktor risiko termasuklah:


• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala

Gejala :
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal

1. Ujian sel darah putih (WBC).
2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

^_^.....HARAP ANDA SEMUA MENJAGA KEBERSIHAN PERSEKITARAN ANDA.....^_^

PENCARIAN SUDAH BERAKHIR.....

SALAM....akhirnya saya berjaya login semula blogspot ini...setelah sekian lama konpius tentang alamat e-mail dan password dan kesempitan waktu....huhu...(teruknya aq ni).....
so....selepas ini....saya akan kembali aktif dalam berblogger ini....
disamping kawan sekelas yang juga tengah mula menghasilkan blog mereka sendiri....
akhir kata....MAJULAHLAH BLOGGER UNTUK NEGARA(propaganda jer ni)hehe....