BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
widgeo.net
MAKE ME HAPPY BY CLICK THIS ADS

18 Februari 2010

SEGAMAT bandarku....

sekarang saya nak citer sikit pasal tempat saya...pada saper yang kurang tau tu,harap nanti tau la ye.hehehe


Daerah Segamat dibahagikan kepada 11 mukim. Setiap mukim ditadbir oleh Penghulu atau Ketua Kampung mewakili Pegawai Daerah untuk tugas harian. Mukim-mukim di Segamat adalah seperti berikut:-

Mukim Sungai Segamat – penempatan berdekatan bandar dengan lebih separuh penduduk
Mukim Gemereh – Mukim terkecil di Segamat
Mukim Bekok – Mukim terbesar di Segamat
Mukim Jabi
Mukim Sermin
Mukim Buloh Kasap
Mukim Jementah
Mukim Pogoh
Mukim Labis
Mukim Chaah
Mukim Gemas

Mukim Sungai Segamat merupakan penempatan yang padat kerana kebanyakan penempatan dibina berdekatan bandar. Populasi penduduk yang padat di Segamat adalah di Mukim Gemereh diikuti Mukim Sungai Segamat dengan lebih 200 penduduk per km2. Mukim Bekok merupakan mukim paling sedikit penduduk dengan 50 penduduk per km2.

Daerah Segamat dibahagikan kepada 2 daerah pentadbiran iaitu Majlis Daerah Segamat (di pusat bandar segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara) dan Majlis Daerah Labis di pekan Labis dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Selatan.


Segamat merupakan daerah paling utara yang terletak di negeri Johor. Ia bersempadan dengan dua negeri lain iaitu Negeri Sembilan di utara dan Pahang di timur.

Keluasan Segamat ialah 2,825.4 km2. Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan Melayu berikut - Segar-Amat.  

Terletak di antara Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan FELDA serta FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.




0 ulasan: